SEJARAH


PLDGP ZON TIMUR SERI TUALANG, TEMERLOH
Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras  5(Lima) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan bagi melahirkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran  dan berketrampilan, adalah wajar pelaksanaan LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)  di semua peringkat KPM  dijalankan di tempat yang lebih kondusif serta mempunyai ciri-ciri privacy tersendiri.
Fungsi dan tanggungjawab BPG / IPG sebagai peneraju kepada LDP bagi 411,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menyebabkan penggunaan ruang dalam semua IPG bagi tujuan LDP sangat terhad.

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KPM Bil. 4/2007 bertarikh 12 Jun 2007 BPG telah mencadangkan supaya Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) yang kurang berpenghuni dijadikan tempat latihan guru.
Mesyuarat  BPG  bersama Ketua Setiauasaha Kementerian Pelajaran  pada 24 Jun 2009 telah meluluskan pengambilalihan KIP Seri Tualang untuk dijadikan PLGDP ZonTimur.
Pada 17 Ogos, 2009 satu majlis penyerahan kuasa antara PPD Temerloh dengan Pengarah IPG KTAA untuk kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai KIP Seri Tualang telah diadakan.

TELAH BEROPERASI SECARA RASMI PADA 01 MAC 2010.